Ayah
www.iluvislam.com
Oleh : faris baik
Editor : Erma Farida
www.iluvislam.com
Oleh : faris baik
Editor : Erma Farida
Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya,dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna,yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti,yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa.Adakah kita seperti yang dia inginkan?Renungkan sejenak,mengambil semula nostalgia lama,menghirup semula memori dahulu,adakah kita pernah melukakan hati dia?Sering ingkar akan arahannya?Adakah kita tidak berfikir,kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil,bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak,mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan,malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan.Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan.Teramat besar pengorbanannya.
Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti,masalah dadah,mencuri,bahkan membunuh ibubapa sendiri.Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya?Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial,bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara,tetapi setelah bebas,kesalahan yang sama masih dilakukan.Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan?.Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua,tetapi hampir semua,yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.Subhanaallah..
26 hari bulan yang lepas,sudah berlangsung hari bapa,dimana ianya diwujudkan khusus untuk memperingati jasa mereka,kepada yang tidak mengucapkan kepada bapa mereka,jangan bersedih.Ianya bukan berlaku pada waktu itu sahaja,kerana wajib untuk kita sebagai anak patuh kepadanya selagi mereka masih berada didunia ini.Ayuh bersama-sama membanggakannya,kerana tiada yang lebih bererti selain melihat dia gembira dengan apa yang kita lakukan.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintahMu".amin~
~SELAMAT HARI BAPA ~
0 komentar:
Posting Komentar